04 August 2005

Belajar lagi....

Dah dekat seminggu lebih tak update. Yelah, sibuk dengan matapelajaran yang baru.

Aku sekarang tengah belajar sikit-sikit pasal coding.
Belajar pun online. Tapi, yang bestnya .... aku tak kenal pun dengan cikgu aku sorang nih. Aku nak jer letak nama dia kat sini... cuma tak pasti dia suka ke tak.

Yang penting, memang ilmu yang dia ajar tu amat berguna bagi aku.
Bayangkanlah mengajar tanpa bayaran. Korang sanggup ker? Tapi, pada cikgu aku sorang... benda tu biasa jer. Aku tak taulah korang nak pikir apa, tapi bagi aku.... jaranglah nak jumpa orang macam nie.

Cuma apa yang aku harap satu nanti aku akan dapat ikut cara dia. Mana yang baik tu aku ikut ler. Dan aku harap projek yang dia buat sejak 2-3 bulan yang lepas, akan membuahkan hasil. Aku tak kisah ... janji dia berjaya. Kenal tidak, jumpa tidak... hope doa dia akan termakbul.


p/s: dengar citer cikgu baru close satu deal... besarlah kocek bulan nie... syabas..inspektor sahab!
Terima kasih cikgu....!! Amin.

27 July 2005

Duit... sakit kepala.



Morning.... Macam mana dengan mood kerja u all hari nie..? Ada baik..? Kalau baik, baguslah... kalau sebaliknya pun kira cukup baik juga sebab at least u all tetap datang kerja. Pendek kata "selagi ada nyawa...kerja...kerja..." (S. Kadarisman).

Gaji dah nak dekat kan...? Maknanya dah dekat jugalah waktu untuk membuang balik duit gaji kita tu. Bagi yang belum berkahwin, masih ada banyak lagilah "space" untuk kita men"saving"kan duit gaji. Tapi, bagi yang dah berumahtangga... kenalah cilok-cilok sikit duit untuk mana-mana yang patut. Biasalah tue, orang dah kahwin nie kadang-kadang tak banyak pilihan. Nak tak nak, kena jugak keluarkan duit. Itu belum lagi dikira dengan perbelanjaan anak-anak. So, bagi yang belum ada anak tu... preparelah awal-awal yea.


Duit... oh duit.
Semuanya perlukan duit. Tapi, perkataan duit tu lebih kerap diluahkan bagi orang yang tinggal kat bandar. Kalau kat luar bandar... lain ceritanya. Ini bandar... gerak sikit, duit... pusing sikit...duit, lama sikit... duit, pantang terlintas di fikaran... duit. Memanglah duit bukan segalanya... tapi, segalanya adalah duit...! Nak makan duit... nak balik rumah, duit...! Kadang-kadang aku sendiri pun rasa macam nak pecah kepala dibuatnya. Dulu masa meniaga, kurang sikitlah pressure pasal duit nie. Tapi skang bila dah makan gaji balik.... rasa macam tak cukup jer. Dan.. memang tak cukup pun...!! Ya Tuhan.... Bila kita dah kekurangan duit ni kan, kita pun mulalah pikir apa yang sebenarnya terjadi dengan saving kita semenjak 5 tahun yang lepas. Tapi, bila kita pikir balik yang semua duit itu dilaburkan untuk pelajaran adik-adik... sikit rasa menyesal pun takde. Cuma apa yang terlintas di fikiran sekarang ialah alangkah bahagianya kalau "study" diaorang tu dah habisss... Yelah.... kita ada dua jenis hati kan... satu hati besar dan satu lagi hati kecil......


Memori....kawan....drama....Rashid Sibir.



Ermmm...
Dah pukul 1 pagi. Tak ngantuk la plak. Ni semua pasal katak yang degil tadi. Ada ker tengah sibuk lepak depan TV, dia pulak sibuk nak melepak dengan kita. Dah lah aku tak suka dengan katak.... adehhh fobia betul aku.

Sampai skang aku sibuk layan internet. Entahlah... sibuk layan MP3 pun ada gak. Tak tau apesal malam nie shuffle dia best sangat. Semua lagu yang keluar bagai sedap jer aku dengar.
Heh... heh... heh... alaaa, sebenarnya bukannya pasal shuffle tue... tapi pasal lagu yang kuar tu semuanya mengingatkan aku pada member lama daaa. Mana la diaorang pergi skang nie...


Tapi, bila tengok gambar ni... tertanya-tanya kat dalam hati aku, bilalah aku dapat pegi Genting lagi. Kalau aku kerja dekat dengan Genting, boleh jugak naik sekerap mungkin. Apapun... lagi syok kalau aku dapat lepak kat tepi laut. Heh... heh... heh...

Korang tau tak kenapa aku suka ngan drama Rashid Sibir...?
Haaaa.... sebab kebanyakan dramanya suka menggunakan elemen-elemen aquatik. Tengok jelah filem arahannya... kalau tak Langkawi, mesti dia suka amik port kat Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara, Melaka. Itu belum lagi dalam drama "Dalam Hati Ada Cinta"... Rebak Marina juga dijadikan sebagai salah satu tempat main "shot".

Cuba kita tengok plak drama "Sedetik Cinta" ... Rosyam Nor, Jalaludin Hassan ngan Nasha Aziz. Dia amik port kat Avillion Village Resort, Negeri Sembilan. Memang cantik tempat tue, sampai skang aku admire giler ngan Avillion nie. Duit jer yang tak cukup. Yelah, kalau ye pun aku nak lepak kat sana.. koman-koman 3 hari 2 malam.

Korang pernah pegi tak Avillion Village Resort...?
Kalau korang pernah pergi, bolehlah korang
story pada aku macam mana tempat dia ya...
Sebab memang aku tak pernah pergi... serious...!!

Kalau korang belum pernah pergi.. aku boleh bawak skang, tapi setakat online je lah.
Klik kat sini: Avillion Village Resort.






26 July 2005

Santai...


Salam santai...


Santai...?
Yelah.. ni time balik kerja kan...? Bagi yang kerja shift, salam santai juga sebab balik kerja nanti... still boleh santai. Santai tu tak semestinya nak pegi bercuti.. pergi Bali ker... pegi Tioman ker... pegi Sunway Lagoon ker... pergi Genting ker. Sebenarnya santai nie bukan terletak pada "environment" sekeliling. Santai nie sebenarnya terletak dalam "mindset" memasing. Cumanya, bagi rakyat Malaysia ni santai tu bermaksud bercuti. Tapi.. kalau dipikir-pikir balik, cuti tu tak semestinya bersantaikan...? kan....? kan....?Ada yang cuti MC.. ada yang cuti tahun... ada yang cuti emergency... ada yang cuit balik kampung.... semua tu tak membawakan apa-apa makna santai pun.. Takkan lah nak bersantai masa cuti sakit kan...? Mana ada orang sakit tapi nak juga bersantai.... Okeylah... Skang nie kita nak citer pasal santai orang Malaysia. Orang Malaysia nie begitu sinonim dengan santai=bercuti. Asal nak pegi bersantai jer... mesti pergi jalan jauh. Memang takde salahnya... dan memang best apa kalau dapat berjalan jauh-jauh.... Kalau kerja kat KL, dapat keluar kota untuk bersantai.... memang syok. Tapi, bagi orang duduk kat luar kota... kat mana tempat santainya...? Contohnya bagi orang kampung yang tinggal kat tepi pantai. Kalau dia nak bersantai, kat mana ye...? Mestilah kat tepi laut jugak kan...?

Mandi pagi + air sejuk...

Haaa....

Hari ini aku nak citer pasal mandi. Sebenarnya apa yang nak aku beritahu kat sini bukannya cara-cara nak mandi pagi.... tak kiralah mandi apa pun. Cuma apa yang aku nak beritahu kat sini salah satu teknik mandi pagi yang berkesan.

Memang topik ni nampak so simple. Bagi aku, kalau orang tu tak suka ataupun jarang mandi pagi... lagilah bagus kalau dia baca posting aku berkenaan mandi. Sebab cara mandi yang aku nak citerkan nie ada berkaitan dengan kesihatan seseorang. Malah, doktor pun ramai yang tak tau bagaimana cara mandi pagi yang berkesan. Tapi, kalau korang ada swimming pool... aku tak tau lah pulak kan.

Selalunya, korang mandi pagi macam mana...?
Adakah korang berendam dalam bath tub? Adakah korang cuma lap-lap jer badan...? Atau adakah korang pakai air pancut...? Pastu, adakah korang mandi pagi pakai "air panas"... hatta mandi perigi atau sungai sekalipun...?
Dalam pada itu, aku nak bagitau kat sini yang mandi air sejuk sebenarnya lebih baik dari mandi air panas. Ia akan memberi kesan daripada awal pagi sehinggalah mood ke tempat kerja.
Kalau korang pakai salah satu dari cara di atas sekalipun... tak kisah asalkan korang mandi pagi.
Natijahnya, mandi tetap mandi. Cuma terdapat satu perbezaan antara mandi pagi yang biasanya korang lakukan dengan mandi pagi yang aku nak citerkan.

Adakah korang tau yang mandi pagi dengan air sejuk boleh memberi kesan kepada daya pernafasan kita seharian...? Adakah korang tau yang ada satu cara ataupun teknik mandi pagi yang boleh membuatkan orang tu meningkatkan self-confidentnya dikalangan khalayak umum...?
Yaaaa.... memang ada.

Caranya senang ajer.
Sejak kita kecil lagi kita dah terbiasa dengan menjiruskan ataupun membasahkan kepala dulu kan...? Malah, mak ngan ayah kita pun mandikan kita dengan cara yang sebegitu. Walaupun kita dah terbiasa dengan cara sebegitu, kita masih lagi tercungap walaupun "sesaat" ketika air itu turun membasahi kepala. Namun, sekali lagi aku tegaskan....jarang ada orang sedar yang mandi air sejuk sebenarnya lebih bagus dari mandi air panas.
Apabila seseorang itu mandi dengan air sejuk... sebenarnya dia akan lebih tercungap+terkejut bila mandi di waktu pagi. Nah... itu bagus. Sebab daya kejutan itu sebenarnya boleh mempengaruhi daya pernafasan seharian kita.

Opssss.. aku masih lagi belum beritahu cara dan teknik mandi pagi aku.
Okey, sebenarnya cara mandi tersebut adalah berlawanan dengan cara mandi yang kita buat sejak dari kecil. Jirusan haruslah dibuat dari kaki dahulu sehinggalah ke atas...!! Ini hanya dilakukan pada jirusan PERTAMA dan KEDUA sahaja...!

Di sinilah korang akan rasai perbezaannya. Dan mengikut kajian, jika cara ini di biasakan ... maka orang selalunya tidak mudah berasa GUGUP...! Apatah lagi jikalau orang itu jenis yang pemalu. Apa yang membuatkan dia tidak mudah GUGUP itu telah di"semai" sejak dia bangun dari tidur lagi. Jadi sebarang reflexion yang ia akan terima dari rumah sehinggalah ke tempat kerja adalah sesuatu yang biasa baginya.

Tapi, kalau orang itu dah memang jenis "steady"... tidak mudah gugup, lagilah bagus sebab dia akan dapat satu "tune senaman pernafasan" di awal pagi. Kalau korang tak caya, mungkin korang akan alami satu pengalaman yang serupa dengan aku. Sebab bila kita mandi dengan cara ini, kita akan lebih "bersedia" terlebih dahulu dari aspek pernafasan sebelum melangkah ke bilik mandi.....

Tapi, semua yang aku terangkan ini mesti bersandarkan kepada 2 syarat:
1) Air yang digunakan mestilah air sejukkkk.....!
2) Air mestilah dijirus secara perlahan-lahan dari bawah sampailah ke atas kepala.




25 July 2005

Romantik ke lelaki tue...?


Kita jumpa lagi...

Hari ini aku ada lalu kat depan Dataran Bandaraya JB. Syoknya lalu kat situ... nak-nak bila hari nak hujan. Sejuk jer muka kalau naik motor. Kalau naik kereta, tak dapek ahh.. sebab korang rasa sejuk air-con. Sampai jer kat depan depan English College tu, aku ternampak Kim's Florist. Alaaaa... yang kat depan Bangunan Mawar tuuuu. Kalau orang Jb , dia tahulah kot.

Bila ternampak gambar bunga tu, teringat plak aku masa student dulu. Puas aku tersengih sorang-sorang kat atas motor... agaknya kalau ada orang terperasan, maunya dia kata aku "bahagia'. Hailah "bunga".... kenapalah aku boleh teringatkan kau pulak masa-masa nie.

Aku nak tanya sikit. Orang pompuan nie selalu kata kalau lelaki tu sudi kasi bunga kat dia....maknanya lelaki tu romantik. Ye ker...? Macam ya tak ya jer. Ada ker keromantikan seseorang lelaki itu diukur pada sekuntum bunga. Takder maknanyer.....!!
Aku rasa pompuan zaman nie kebanyakannya yang tak romantik. Kalau diaorang romantik, mesti diaorang akan membuat sesuatu yang jarang pompuan lain buat. Contohnya macam pompuan tu suka menanam pokok bunga. Yaaa..... mungkin pada korang pendapat aku ni sasau.

Tapi, kalau tak caya... cubalah buat. Mesti orang lelaki akan suka. Sebab nak bela pokok bunga bukannya senang tau. Ikut air tangan jugak. Kebanyakan pompuan kalau dia suka menanam pokok bunga.. mesti dia jugak suka pada hiasan yang berbunga. Contohnya langsir rumahnya bercorak bunga, perhiasan bunganya banyak dan yang paling penting... environment rumahnya mesti lain dari rumah yang dijaga oleh tukang kebun...!

Balik pada bab lelaki romantik tadi.
Kalau lelaki itu romantik (suka kasi bunga), maknanya dia penipu. Pada aku, baik orang lelaki kasi anak benih ataupun anak pokok bunga ros. Sebab dari situlah romantiknya akan bercambah. Tak payah nak beli sekuntum, pastu lepas seminggu... layu campur kering.
Kalau nak kasi real lagi, cubalah buat... aku syorkan orang yang kahwin buat. Sebab kalau orang muda buat... tak rasa sangat sebab memang tengah asyik masyuk bercinta.
Tapi, kalau orang yang dah berumahtangga buat... lagi bahagia.

Macam emak aku... semua bunga yang dia tanam mendapat pujian ayah aku... bahagia rasanya aku tengok diaorang..."Emak aku tangannya sejuk"...

24 July 2005

Hakikat...



................................................?
Aku pun tak tau nak cakap apa. Nak terperanjat pun ada... nak menangis pun ada... geram puun ada gak. Macam manalah boleh jadi macam ni.

Ya Tuhan.... aku rasa macam tak caya jer apa yang aku dengar ni. Dahlah dekat bertahun tak jumpa. Sekali jumpa... macam macam cerita yang masuk ke telinga aku. Kalau setakat khabar angin... takper jugak, tapi aku rasa macam betul-betul jer. Nak kata tak betul, "naluri" aku kata macam betul jer.

Tengah hari tu.....
Aku tengah naik motor.... tiba-tiba jer ada orang menjerit melambai-lambai kat tepi jalan. Aku ingatkan dia melambai kepada kawan dia.... takpun, dia tengah melambai kat orang lainlah...senang citer. Yelah ... tengah naik motor kan? Kadang-kadang manalah nak perasan. Lagipun, emak aku suruh aku pergi beli barang. Tapi, bila makin hampir ngan orang tu... aku terperanjat giler sebab orang ni memang aku dah lama tak jumpa...! Ni lah member baik aku yang dah lama menghilangkan diri. Aku ingatkan dah tak dapat jumpa dia lagi. Mungkin Johor ni kecik jer kot. Biar aku namakan member aku ni sebagai "Lan" (bukan nama sebenar).

"Hoi Laaaaaannn.......!!! Hok oloh... lamanya tak nampak kau, kau dari mana ni...?"
Masa ni, rasanya berbuih-buih mulut aku nak keluarkan pertanyaan. Sebab banyak sangat yang aku nak tau pasal member baik aku sorang nie. Rasa macam terperanjat beruk pun ada jugak. Mana tak, alih-alih jer aku boleh jumpa ngan dia.

"Wey Izad...! Aku datang ni nak jumpa kau lah... Lega aku dapat terserempak dengan kau. Aku cuba ingat-ingat jalan ke rumah kau. Sebab kawasan ni dah banyak sangat berubah. Puas aku tanya orang. Ingatkan aku nak surprisekan kau...!"

"Memang aku dah terperanjat lah nie... mangkuk! Kau ni muncul tetiba jer. Mana kau tinggal sekarang ni pun aku tak tau. Ehhh.... kita cari port dulu lah nak berbual. Jom...!"

Petang tu...
Aku pun ajak dia pegi ke Danga Bay. Wah... seronok betullah kalau dapat jumpa member lama. Dah lah member lama, member baik plak tuh.

"Lan, mana kau pegi selama nih..? Bertahun menghilang... alih-alih jer terpacul. Kau kerja kat mana skang?"
"Alaaa... tak payahlah kau nak tau aku pegi mana selama ni Zad. Aku still lagi kat Malaysia nih. Bukannya aku ke luar negara pun."
"Ye lah, itu aku tau. Kot iya pun, bagilah aku tau kau kerja kat mana sebelum nih...?"
"Ohhh.... selama ni aku kerja bersepah-sepah. Kejap kat KL, kejap kat Kluang. Kira merata-rata jugaklah aku kerja. Kau plak macam mana...?"
"Aku macam gini jugaklah. Nak buat macam mana lagi.
Lan..... kau nie nampak lain jer. Dulu sepatah aku bercakap ... kau lagi berpatah-patah cakap. Skang kau plak yang lebih senyap dari aku. Kau ni puasa ganti ker..? Hah.. hah.. hah...!!"

"Banyaklah kau Zad...! Itu duluuuuu.... masa kita kecik-kecik. Skang ni kita dah besar. Alaaaa... lagipun, aku bukannya ada apa yang nak diceritakan...."
"Wah... sedapnya kau cakap Lan. Kau ingat aku ni ayah kau. Kalau kau cakap gitu ngan ayah kau... memanglah dia diam seribu bahasa. Tapi, ini aku Lan... member yang paling paling banyak simpan rahsia hidup kau. Sejak bila plak kau nak malu ngan aku. Lagipun, semua rahsia aku ada pada kau. Termasuklah rahsia aku masa kita darjah 6......
Kau ingat lagi rahsia aku tu Lan..?"

"Rahsia tu..? Mana boleh aku lupa Zad. Dah itu kes gossip kau yang pertama kan..? Tapi, ko nak tau tak... aku ada terserempak ngan budak tu... kalau tak silap kat KL...."
"Hah...? Kau ada terserempak ngan dia...? Macam mana ngan dia skang...?
"Fuyoooo Zad. Aku rasa ko patut cari dia balik... sikit punya cantik aku cakap kau..! Nak ajer aku tegur dia, seganlah plak. Lagipun... aku dah malas nak layan. Buang karan jer.."
"Kau nie Lan... dah lain bebenor aku nengokkan. Dah tak macam dulu lagi. Kau dah kena mandrem ker...?
"Entahlah Zad.... nak kata aku tak suka jumpa member lama, tak jugak. Mungkin aku terasing dengan korang semua kat sini.... Aku rasa macam aku dah "terlepas" beberapa tahun dalam hidup aku..."
"Hek eleh... dah ke situ plak..! Wehhh... kau nie baru putus cinta ker...? Makin sayu plak cerita kau nih. Ini yang aku pelik Lan. Ehhh.... apa dah jadi pada kau ni....? Kalau kau sakit, aku boleh bawak kau jumpa ngan doktor.."
"Hah...?? Doktor...? Weeeeiiii... tak payahlah. Aku takutlah nak jumpa ngan doktor. Kang daripada aku tak tau aku ada penyakit... aku dapat tau. Dah satu lagi masalah aku kena pikir..."
"Otak kau Lan... apalah yang ko cakap ni..? Apa yang ko nak takut...?"
"Kau tak tau Zad. Sebenarnya sejak akhir-akhir ini, aku rasa badan aku nie lain macam laaa. Lemah semacam jer...."
"Dah tue, pegilah jumpa doktor....Lan.."
"Tak nak lah... aku takut. Sebenarnya Zad, selama ni aku pun tak tau macam mana dengan aku punya life. Mungkin aku lemah kepada godaan-godaan sekeliling. Kau tau je lah, family aku semuanya "out". Sedara mara apatah lagi. Kau jelah orang yang aku rasa ada. Sekarang ni pun aku lega aku dah dapat kerja kat sini...."
"Kalau gitu baguslah Lan... Tapi, aku rasa kau mesti jugak jumpa dengan doktor. Alaaa... check sikit-sikit jer..."
"Zad, aku nak kau tau satu lagi rahsia tentang aku...."
"Apa dia...?"
"Sebenarnya... selama aku menghilang nie... aku dah "hanyut". Aku tak salahkan sesaper...."

Ya Allah...
Rasanya aku dah tau kenapa Lan dah jadi macam nie....
Aku cuma dapat berdoa jer Lan supaya kau akan kembali "sihat" seperti orang lain.....

20 July 2005

Apa dah jadi nih....?

Kecoh....... kecoh.......!!

Habiss.... satu Malaysia berteka-teki. Apa nak jadi...? Apa yang dah terjadi...? Macam mana boleh terjadi....?
Begitulah kalau seorang menteri menangis ataupun mengeluarkan air matanya di hadapan wartawan dengan disaksikan berjuta rakyat. Bukan disebabkan menteri itu tidak pernah menangis, tetapi persoalannya mengapakah menteri itu boleh menangis...? Beliau bukannya menteri sembarangan... beliau adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa Malaysia.....!!

Datuk Seri Rafidah Aziz menangis pasal diri sendiri atau pasal AP...? Kalau pasal diri sendiri, ada something wrong lah tue. Tapi, kalau memangis pasal AP, lagilah ada something wrong. Ni citer pasal AP ni, kita tau ker apa itu AP...?

AP sebenarnya ialah PERMIT IMPORT.
Tapi, apa yang ditekankan disini bukan sekadar AP, tapi AP FRANCAIS.
AP Francais ialah permit untuk membawa masuk kereta daripada kilang pengeluar kereta di luar negara untuk dijual menerusi syarikat tertentu di Malaysia.
Dekat Malaysia sekarang nie, ada 4 orang "sifu" yang expert dalam kes AP-meng-AP nih. 4 orang itu ialah:
1) Tan Sri Nasimuddin SM Amin.
2) Datuk Syed Azman Syed Ibrahim.
3) Datuk Mohd Haniff Abdul Aziz.
4) Datuk Azzudin Ahmad.

Jadi, apa kaitan Rafidah Aziz dengan kes AP nih...? Sebenarnya, Rafidah takder kena-mengena langsung dengan menatang AP ni. Cuma secara tak langsung mereka berempat ini mempunyai pengaruh yang agak besar dalam sektor ekonomi kenderaan di Malaysia. Common bond yang paling ketara sekali dalam kes ini ialah mereka berempat ni MELAYU.... diulangi sekali lagi ...MELAYU...!!

Lantas, bila isu ini menjadi kecoh... semua orang cuba hendak mengaitkannya dengan kes PROTON yang kebetulan terlebih dahulu glamer sebelumnya. Kes PROTON ini telah membabitkan nama Dr Mahathir (bapa Melayu global) secara tidak langsung. Yelah... mana taknya, kan ke Dr Mahathir yang telah mengubah dasar pemikiran "mana boleh" orang Melayu kepada "Boleh...!" ketika hendak membuat PROTON suatu masa dahulu.

"Jangan disalahkan ibu mengandung..." Mungkin ada orang yang menyebutnya ketika Rafidah menangis malam tadi. PROTON dibangunkan dengan semangat "Melayu Global" yang wujud dalam diri Dr Mahathir. Dr Mahathir bukannya disuruh oleh kerajaan, kementerian, orang luar mahupun ahli keluarganya. Inisiatif untuk membuat PROTON itu datangnya dari dalam dirinya sendiri. Dan takkanlah setelah berhempas pulas menaikkan Malaysia di dalam dunia permotoran, beliau hendak membiarkan sahaja produk kebanggaan negara itu melingkup begitu sahaja. Dan lebih malang lagi jikalau PROTON melingkup disebabkan anak watan yang gila merebut AP untuk kepentingan diri sendiri. Memang isu ini adalah peribadi, tapi walau dalam apa keadaan sekalipun, kepentingan peribadi tidak boleh melebihi kepentingan negara...!
Kalau tak, apa yang akan jadi kepada anak cucu kita...?

Apabila Dr Mahathir menyebut 4 perkataan ajaib iaitu "Umumkan nama pemegang AP.." , semua orang terima. Tapi kenapa bila sampai ke pengetahuan Rafidah, dia melenting. Aku menggunakan perkataan melenting ni sebab aku pun melenting bila mendengar kenyataan Rafidah Aziz sendiri. Selama ini, aku memang respek giler kat Rafidah Aziz. Sampai aku tak pernah membangkang apa-apa keputusan Rafidah dalam mengendalikan perkara-perkara yang membabitkan isu ekonomi negara terutamanya perdagangan antarabangsa. Lagipun, sebagai rakyat... kita mesti mengambil tahu apa yang menteri kita buat. Dan, aku pun pernah menganggap yang Rafidah adalah antara anak didik Dr Mahathir yang paling bagus.

Masalahnya, mengapa cadangan Dr Mahathir itu ditolak bulat-bulat dan secara mentah? Ulasan Dr Mahathir bukannya berbau arahan... apalagi suruhan, Itu cuma langkah selamat yang cuba diketengahkan oleh seorang insan yang pernah memerintah negara ini lebih dari 20 tahun. Beliau tahu sakit-pening negara ini. Bukankah apa yang dibuat oleh Rafidah itu mencerminkan kelemahan dirinya sendiri?
Mungkin ada hati yang terhiris dan terguris apabila mendengar kenyataan dari Rafidah itu. Dan mungkin juga Dr Mahathir mempunyai satu perasaan yang tersirat di sebalik kenyataan Rafidah.

Tapi, setelah aku cuba menilai semula apa yang menyebabkan isu ini terbongkar.... barulah aku dapat membaca gerak-lenggok permainan AP francais ini. Rupa-rupanya bukan disebabkan kenyataan Rafidah 100%, ini sebenarnya disebabkan adanya kegiatan jenayah "penyelewengan" yang selama ini dilakukan. Kegiatan ini didalangi oleh salah seorang dari 4 "sifu" tersebut. Barangkali ramai orang tak tahu bahawa tidak lama lagi akan ada pula kes mahkamah yang paling hangat di Malaysia. Dah sah-sah salah seorang daripada mereka akan dihadapkan berhubung kes penipuan "AP".

Haaaaaa..... sekarang cerita ini makin best dan seronok untuk dibaca. Mungkin ramai yang nak tahu macam mana kes "penyelewengan" itu boleh dipaparkan. Sebenarnya, kes ni dah lama diketahui umum. Cuma ada akta antarabangsa (Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa-"WTO"-) yang membuatkan pihak kastam tak boleh nak go through on this issue. Ia ibarat bila kita cuba baling lembing ke arah ikan dalam air. Kita nampak ikan tu, tapi kita tak boleh nak balingkan lembing itu dengan tepat ke arah ikan tersebut. Haaa.... biasan air itulah yang aku namakan sebagai "akta antarabangsa". Nampak jelas tapi tak tepat.

Penyangak-penyangak "AP" ini kalau dia buat "penyelewengan", dia selalunya buat dengan selamba jer. Orang cakap "sound direct"..... sebab diaorang menipu dengan sungguh jujur sekali. Siap ada "black & white" lagi. Mereka ni selalunya menipu di atas kertas yang dinamakan:
* " Borang Permit Import (AP) JK 69 ".
Haaaa.... kat sinilah diaorang dengan selambanya mengisytiharkan harga sesebuah itu sampai. Kat borang tu jugaklah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dipermainkan oleh penyangak ni. Kalau kereta tu harganya RM200,000... dia dengan selambanya meletakkan harga kereta cuma RM20,000. Mengikut WTO, pihak kastam hanya boleh mengisytiharkan harga berdasarkan pada borang AP itu.... sebab dah itu yang termaktub dalam perlembagaan WTO itu sendiri. Jadi, sudah terang lagi bersuluhlah, kan....kan... kan...?

Okey, kita berbalik pada isu Rafidah tadi.
Sekarang korang dapat tangkap tak jalan cerita ni...?
Pada pendapat aku, Rafidah sendiri pun dah kena tipu dengan penyangak nie. Kalau Rafidah dah kena tipu, maknanya kita semua pun dah kena kapur. Termasuklah Dr Mahathir. Aku pun tak tau lah nak kata apa. Dulu, kita semua cuba bersungguh-sungguh untuk menaikkan martabat orang Melayu. Dan inilah yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri. Dulu, ada di antara mereka ini yang diberikan peluang oleh kerajaan untuk mendapatkan peluang tersebut. Mereka dijemput oleh kerajaan untuk bersama-sama mengikuti rombongan ke luar negeri semata-mata untuk meninjau peluang pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan. Kerajaan "support" mereka.

Tapi, apa yang kerajaan dapat dari penyangak ni...?
Lagi diaorang menipu adalah. Kalau mereka dah menipu untuk "AP" ni, maknanya diaorang dah dapat peluang untuk mengelakkan CUKAI...!!! Haaaaaaaaa.... kan aku dah cakap tadi, kita semua dah ditipu oleh penyangak ni. Kenapa kita pun ditipu...?
Kerana kitalah kerajaan. "Kerajaan adalah rakyat.... sebab rakyatlah yang menentukan kerajaan".

Ringkasnya, isu Rafidah dengan Dr Mahathir sebenarnya adalah satu kes "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... buruk padahnya".








19 July 2005

Pressure...?


Selamat petang....

Hujan masih lagi tak berhenti turun. Memang hari ini sejuk... sesejuk body kereta di parking area yang dari tadi disirami air hujan.

So, dah ada yang terbayang nak balik rumah ker...? Baru pukul 4 petang laa... ker dah ada yang terbayangkan goreng pisang...? Agaknya time-time macam gini, hanya badan jer yang ada kat tempat keje, hati ngan kepala dah sampai kat umah... mana yang teringatkan masakan isteri, mana yang teringatkan padang bola, mana yang teringatkan gymnasium, mana yang teringatkan dating... tak kurang jugak yang teringatkan anak-anak.
Tak kisahlah apa yang korang ingatkan, cuma aku nak tanya..... apa bende yang korang selalu mainkan di fikiran on the way nak balik ke rumah...?

Mostly, semua teringatkan kusyen, sofa and tak kurang jugak bilik mandi kan...? Kalau aku plak, aku selalu terbayangkan pantai ngan laut. Tak taulah kenapa, tapi memang mende tu menenangkan aku. Kalau certain hari tu aku bawak motor, kat atas motor pun aku selalu imagine yang aku sedang lepak kat tepi pantai... tak kiralah kat pantai Langkawi ker, kat Avillion Village Negeri Sembilan ker.... hatta ke pantai Klebang Melaka pun, aku tetap dengan cara aku. Sebab tu aku ada simpan gambar laut dalam beg duit aku. Bolehlah hilangkan tension... Klik:

Bagi yang sudah berkeluarga tu, lain pulak caranya. Mana yang si suami nak amik isteri kat tempat kerja, mana yang terpaksa amik anak-anak dulu kat nursery, mana yang nak amik isteri kat rumah mentualah, kat sekolahlah..... itulah cara hidup orang sekarang. Tu belum campur lagi dengan masalah yang menyelubungi si suami... bos buat hal; member tempat kerja trouble; kewangan; company takder projek; no new tender; miss tender; server down; allowance post-poned; claim dibekukan; over-time paras hidung.... dan macam-macam lagilah.

Kalaulah aku boleh ubah waktu kerja di dunia amnya dan Malaysia khususnya, dah lama rakyat Malaysia tak tertekan dengan kehidupan seharian mereka. Memang aku nak suarakan di Parlimen, tapi aku bukannya ADUN, MT mahupun ahli Senat.

Pada aku, waktu kerja untuk setiap orang yang berkeluarga patut diubah. Ini hanyalah pendapat aku jer. Memang tak pernah dibuat di mana-mana ceruk mahupun kawasan di dunia ini. Tapi, apa salahnya kan. Mungkin pada mulanya semua orang akan kata aku ni gila. Tapi, kalau aku ada peluang untuk suggestkan pada Isaac Newton dulu... kan best?

Pada aku, setiap isteri patut diberikan satu formula untuk waktu kerjanya. Formula ni aku tujukan bagi suami dan isteri yang bekerja (ini adalah formula untuk office hour, untuk kerja shift, lain...). Natijahnya begini, semua isteri harus dipendekkan waktu kerjanya 1 jam. Maknanya kalau memasing kerja 9 to 5, si isteri dah boleh balik pukul 4, so isteri pulang dari tempat kerja 1 jam lebih awal dari suami.

Kenapa?
Sebab nanti taklah si isteri terkejar-kejar untuk sampai ke rumah. Begitu jugak untuk suami, dalam hatinya sentiasa tahu dan berharap bahawa isterinya dapat berehat dahulu di rumah sementara menunggu kepulangannya nanti. Dan ini juga dapat membantu fisiologi serta psychology isteri yang mana dia sendiri dapat bersedia untuk menyambut suami tercinta dalam keadaan yang tidak terlalu tertekan/pressure.

Ini tidak, kalau dua-dua balik serentak habislah mood keluarga bahagia. Dengan rupa si suami berkilat-barat keletihan.... tu belum lagi dengan si isteri yang berserbah-serbih baju kurungnya... mana nak melayan anak yang menangis.... fuuhhhh... letih woooo!
Jadi kalau isteri dapat berada awal di rumah, maka sempatlah si isteri tu "handle" anaknya da juga dirinya sendiri.

Amacam....?

Sejuk...hujan...sejuk.....



Selamat pagi...


Tempat korang hujan tak...? Kalau tempat korang hujan, maknanya korang bolehlah dapat feel sejuk nie. Sebab memang kat sini lebat woooo... sampai takde mood plak nak sambung keje. Nak salahkan keje, tak bley jugak. Tapi bila ingatkan hujung bulan nak membayor tu, bayor nie, jadi naik takut plak...

Koraang masih ingat tak, dulu masa kita mula-mula dapat keje...? Aku tak taulah kalau orang lain... tapi, bagi aku..... apa yang aku dah batiniah (soul) aku rasa, itulah yang aku ingat. Mungkin orang lain dari keluarga senang, takpun memang family dia business transport ...dan paling tidak pun, tempat keje dia sebelah rumah dia. Untuk aku dan beribu orang lain, inilah masanya untuk mendapat dugaan yang kuat di pagi hari.

Hujan..... itulah dugaan paling kuat untuk pegi keje di waktu pagi. Dengan angin yang meniup sahingga sejuk tulang hitam, dengan payung yang kadang-kadang terpele'ot ke belakang, semuanya timbul balik setiap kali hujan turun di waktu pagi. Sehinggalah saat ini... memang tak buleh terpadam punya.... Lepas tu, ada lagi cubaan yang datang. Belum pun sempat seluar dan payung aku kering, nak kejar plak bas....! Kadang-kadang bila waktu hujan macam gini, nak tengok muka depan bas tu pun naik fed-up...! Mana taknya, dari jauh muka bas tu nampak gelap jer.... Itu dah sah-sah petanda yang perut bas tu tak selesa sangat... macam sardin...!

Bila bas tu sampai jer, mulalah nak control macho. Nak jer aku buat satu peti besi kat bus-stop tu, supaya senang aku simpankan payung yang dah basah lencun tu. Tapi, apakan daya.... Pernah jugak aku berniat nak menggantung payung tu kat tiang bumbung bus-stop, tapi takut plak bila datang esok pagi... payung tu triiiinnggg...(hilang)! Kalau korang nak tau, pernah jugak confident level+nekad aku jadi tinggi untuk membuat "trial" (nak tinggalkan payung kat bus-stop), tapi entah macam mana tetiba jer aku terpikir;

"Kalau aku tinggalkan payung ni kat sini, nanti kalau hujan pulak petang nanti masa balik kerje, macam mana erkkk...?" Terus sampai sekarang, aku tak pernah buat plan aku tuh...

Hujan....
Ehh....hujan dah berhenti. Alamat memori dulu dah tak se-sentimental ketika hujan turun seperti sebentar tadi. Aku dah nampak burung-burung mula terbang mencari makan kat luar sinun... aku dah nampak orang-orang pegang perut masing-masing. Kenapa...? Biasalah, hari hujan...semuanya laparrr... Dahlah nak kejarkan masuk opis, manalah sempat sarap....!

Aku rasa mesti warong mak cik kat hujung tu masak lebih untuk tengah hari ni. Kalau tak, rugilah dia......

Cubaan-cubaan 1,2,3......







Aku nak post jugak walau skang dah nak pukul 2 pagi....
Maknanya untuk hari nie, aku dah post satu lagi story kat dalam blog aku sendiri... yelah, ada "orang" tu kata kat aku, kalau dah ada blog janganlah buat pekasam...! Kalau rasa nak meriah, post lah sendiri... sebab takkan ada orang yang akan contribute dalam blog kita sendiri. Betul jugak kalau dipikir.....

Ermmmmmm..... aku nak kenalkan pada korang semua, inilah aku....


Yeeeeee.......haaaaaaaaaaaa........!!!!!!!



Assalammualaikum....


Finally, wujud jugak blog untuk diri aku sendiri. Nak ketawa jugak bila dipikir-pikir balik.... Yelah, dulu aku memang tak berkenan dengan menatang blog-memblog nih... apalagi kalau batu blok.

Sebenarnya, bila datang sikit exposure pasal menatang blog nie, barulah terbukak sikit hati aku ini. Kemudian, wujud pulak angan-angan macam orang yang dah ada blog. Tapi, apa yang ada dalam "angan-angan" aku itu hanyalah satu perasaan untuk "memiliki" sahaja.. tak lebih dari itu.

Mungkin orang lain gunakan blog memasing sebagai "shadow" ataupun "puncher" dalam seharian mereka. Tapi, aku pada ketika itu cuba "berangan" untuk "memiliki" blog sebagai satu "TREND"...! Apa nak buat, dah namanya manusia... bila orang lain ada, kita pun nak ada sama. Nak buat macam mana kan... kan... kan....? Tapi, tak buat-buat jugak... dah namanya angan-angan.....

Tapi, semua tanggapan ataupun jangkaan aku pada blog ini berubah akhirnya. Kejadian ini berlaku pada suatu petang... aku sendiri pun tak ingat hari apa. Cuma yang aku ingat, petang tu cuaca agak panas sikit. Dan aku kurang pasti dari mana ataupun bagaimana mood/aura untuk membuat blog ini boleh timbul. Takde orang yang paksa pun.... Dan pada ketika itu, secara tidak langsung ... aku dah mempositifkan diri aku kepada acara blog-memblog nih... Kenapa...?
Entah... aku pu tak tau...lagipun, aku tak berapa confirm kenapa aku terbukak hati untuk meneroka trend blog ini, cuma setelah diingat-ingat balik, barulah datang memori tersebut, Dan aku tau memang itulah jawapannya. Ya.... apa yang berlaku mengingatkan aku semula pada satu sms yang aku terima pada petang itu.

Sms itu tertulis begini:

"Dijemput semuanya ke Majlis Perkahwinan ___ binti____ pada sekian haribulan di _________ Walimatul urus " ------ Turut mengundang seisi keluarga...... Dengan ingatan tulus ikhlas....


Ermmmmmm.... agaknya pasal sms tulah......